
Tumbuhan Roselle atau Rosella dikenali dengan nama saintifik Hisbiscus Sabdariffa L, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak manfaat. Roselle amat berkhasiat yang digunapakai oLeh para pengamal herba untuk menyembuhkan berbagai penyakit serta menambah ketahanan dari penyakit, selain itu juga mempunyai berjuta kegunaan.
Kelebihan utama tanaman Roselle ini yang juga dikenali tumbuhan ajaib ialah kepelbagaian kegunaannya daripada daun, buah hinggalah kepada batangnya.
Di mata dunia, Roselle adalah permaisuri segala bunga. Bunga ini mengandungi khasiat yang banyak dan kegunaan yang pelbagai. Roselle kaya dengan vitamin A dan C, mineral (potasium dan kalsium) serta membantu peredaran darah dengan baik, mengurangkan tekanan darah tinggi, sumber awet muda dan sebagainya.
KAJIAN SAINTIFIK :
- Mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung serta melindungi daripada sebarang serangan penyakit kardiovaskular dan darah tinggi.
- Unsur antioksida yang aktif, sekiranya diambil secara berterusan, ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing dan menurunkan tekanan darah.
- Membantu proses metabolisme biasa dalam badan manusia serta proses pengoksidaan enzim dalam hati yang bertindak melindungi tisu-tisu hati dan jantung.
- Mengandungi vitamin C kadar tinggi yang berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh manusia terhadap serangan penyakit.
- Mengandungi kalsium kadar tinggi yang dapat mengurangi risiko osteoporosis dan membantu pertumbuhan tulang.
KELEBIHAN KORDIAL ROSELLE MUSLIM CHOICE :
- Aromanya yang unik dan rasanya segar asam manis.
- Dihasilkan secara alami tanpa penambahan pewarna tiruan sehingga banyak digemari pengguna yang pentingkan kesihatan.
- Disediakan dari buah-buah Roselle yang segar dan bermutu tinggi.
- Pekat, Nisbah 1:7 bahagian Air dan lebih nilai untuk wang anda. Tak Perlu ditambah gula, hanya dicampurkan air dan ais . Enak disediakan sejuk.
Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu. (Bukhari-Muslim)Buah kurma atau dalam bahasa Arab, TAMAR adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.KAJIAN SAINTIFIK :- Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
- Kandungan gulanya 50 hingga 57 % adalah glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.
- Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
- Melalui petua tertentu, Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
KELEBIHAN MINUMAN KOKO MUSLIMCocoa :
- Diadun dengan Serbuk Koko TULEN yang bermutu tinggi.
- Diperkaya dengan Khasiat Buah Tamar yang HEBAT.
- Campuran Dihasilkan dari Kilang Milik 100% Pengusaha MUSLIM.
- Suci, Bersih lagi HALAL.
- ENAK lagi LAZAT, baik disediakan panas mahu pun sejuk.
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, tamar mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan tamar akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Produk ini terhasil bertitik tolak daripada sepotong hadith nabi….yang bermaksud “Berubatlah kamu dengan dua kesembuhan iaitu MADU dan AL-QURAN”.
Ini adalah satu saranan yg jelas daripada Rasulullah sendiri dan menjadi tanggungjawab orang ISLAM untuk mengamalkannya. Soalnya bagaimana?
Dalam penghasilan Secret Honey Geniues ada 3 unsur penting :
- Gabungan Makanan Sunnah – yang disebutkan dlm hadith dan al-quran sprt bahan utama Secret Honey Geniues iaitu madu lebah merupakan makanan lengkap yg tak perlu sy jelaskan lagi, propolis dan bee pollen yg juga drpd hasil lebah, digabungkan dgn habatussauda yg merupakan sejenis herba yang diberi pengiktirafan oleh rasulullah sendiri dlm hadithnya sebagi ubat bagi segala penyakit kecuali mati, ditambah dgn zanjabeela dan zafaran.
- Kaedah doa-doa khusus dan pembacaan ayat-ayat suci al-quran dgn kaedah-kaedah tertentu.
- Kaedah tulisan Ayatul Syifa’ di atas pinggan putih menggunakan tinta zafaran dan diluntur ke dalam Secret Honey Geniues merupakan kaedah yg penah diamalkan oleh para sahabat rasulullah saw.
Itulah dia konsep penghasilan Secret Honey Geniues yg disediakan secara eksklusif dan sedemikan rupa untuk kebaikan orang-orang islam dgn natijah kita dpt kekuatan utk taat pd perintah allah dan ikut sunnah rasulullah.
Menggabungkan :
- Madu Asli
- Propolis
- Beepollen
- Kurma Madu
- Habbatussauda
- Cendawan Merah
- Zanjabeela
- Herba-herba pilihan terbaik
- Diluntur bersama Ayatul Quraan serta Doa-doa Syifa’ yang ditulis menggunakan tinta zafaran serta didoakan dengan doa-doa mustajab, INSYAALLAH.
Minuman Kesihatan Terbaik, Bersumberkan Al-Quraan, Hadis Nabi s.a.w serta pendapat ulama perubatan ISLAM. Madu sangat banyak khasiatnya, sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman, ubat dari segala ubat.
Secret Honey Genieus mengandungi pelbagai zat mineral, vitamin, asid amino, Enzim, Protin, antioksidan, penyahtoksin & pelbagai khasiat semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia sepanjang hayat. Ia memberi tenaga segera, mempertingkatkan kecergerasan minda & kecergasan fisikal ketahap optima.Kandungan zatnya yang tinggi & semulajadi dapat membekalkan segala zat pemakanan yang diperlukan oleh sel-sel tubuh seterusnya meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit & jangkitan.
PEMAKANAN TERATUR MENYUMBANG HASIL POSITIF
Secret Honey Genieus amat sesuai untuk semua golongan. Ia sangat digalakkan kepada para pelajar untuk membantu mencerdaskan minda juga kepada mereka yang memerlukan khasiat pemakanan yang tinggi seperti ahli sukan, wanita hamil dan sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang optima. Ia juga disyorkan untuk rawatan penyembuhan sebarang jenis penyakit.
Secret Honey Genieus dengan pelbagai khasiat, MADU cecair ajaib yang mempunyai 3 sifat unggul iaitu penyembuhan, kemanisan dan kelembutan. Mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kesihatan, menyegarkan tubuh, mengeluarkan racun, membunuh kuman dan menyembuhkan penyakit. Madu adalah makanan yang disukai oleh buah pinggang dan hati. Madu dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya membekalkan oksigen yang cukup kepada otak. Madu mengandungi zat ferment, vitamin, mineral, asam, asid amino, hormone, zat bakterisidal dan bahan-bahan aromatic.
Kurma Madu Ekstrak : Mengandungi gula yang tertinggi di dalam buah kering, 72% kabohidrat, sumber terbaik kalsium, magnesium, phosphous dan vitamin B6, salah satu buah kering dalam zat pemakanan fibre.
Bee Pollen : Merupakan makanan anak lebah & juga dalam proses lebah memproses madu. Ia mengandungi Slenium sebagai Antioksida, Asid glutamik untuk kecederasan otak, membantu system penghadaman dan masaalah Anemia serta dapat mengurangkan masalah elergi.
Ganoderma : Dikenali sebagai Raja Herba yang Ajaib.Dikesan mempunyai nilai perubatan yang tinggi sejak lebih 2000 tahun yang lampau di Negara China. Kaya dengan Organik Germanium dan berbagai zat pemakanan yang amat diperlukan oleh tubuh manusia
Propolis : Sejenis resin yang dikutip oleh lebah dari pokok yang digunakan untuk melindungi sarang lebah dan mengandungi antibiotic semulajadi. Ia bersifat antibakteria, membantu penyembuhan pelbagai penyakit, mengandungi BiaFlavonoids yg bersifat Antioksidan.
Habatussauda : Sabda Rasulullah s.a.w “Tetapkan lah kamu dengan Al-Habatussauda kerana ia adalah UBAT bagi segala penyakit kecuali mati”.
Zanjabeela : Allah s.w.t berfirman, “dan di dalam syurga itu mereka diberi segelas minuman yang campurannya adalah Zanjabeela”.Zafran : Umumnya adalah perangsang terbaik, digunakan untuk memperbaiki daya ingatan, memberi oksigen kepada otak. Didalam perubatan ISLAM diterangkan kegunaan dan kelebihan zafran pada menjana otak dan memperbaiki minda.
ATURAN PENGGUNAAN (Gunakan Sudu Plastik) :
- Penjagaan kesihatan & kecederasan minda - 1 sudu teh 1@2 kali sehari.
- Rawatan penyakit - 1 sudu teh 2 @ 3 kali sehari (Kurang kan dos jika berlaku tindak balas penyembuhan yang kuat)
- Kanak-kanak 7 tahun kebawah - 1/2 sudu teh sekali sehari.
VIRGIN COCONUT OIL adalah Anti-Oksida, Anti-Bakteria, Anti-Virus & Anti-FungusAPAKAH MINYAK KELAPA DARA (VCO) :Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.Secara keseluruhannya, minyak ini diproses secara semulajadi tanpa menggunakan haba dan bahan kimia.Dengan menggunakan sistem penapisan yang sangat berkualiti menjadikan hasil minyak kelapa dara yang sangat bermutu dan terjamin kualitinya.KAJIAN SAINTIFIK :Saintis Eropah dan Amerika telah membuat kajian ke atas Minyak Kelapa Dara sejak awal tahun 1930an lagi. Misteri kehebatan pohon kelapa makin terserlah apabila banyak kajian saintifik mendapati minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat berikut :- Anti-Oksida yang kuat.
- Anti-Bakteria, Anti-Virus dan Anti-Fungus.
- Pemangkin Metabolisma badan.
- Memberi perlindungan dari sinaran UV.
- Persamaan dengan kekuatan Susu Ibu (Asid Laurik).
- Melembut dan membantu mengurangkan kulit kering dan mengendur.
- Melambatkan proses penuaan kesan daripada radikal bebas.
PEMBASMI KUMAN SEMULAJADI :
Pada tahun 1966, seorang Profesor Farmakologi dan Penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadikan bahan penting minyak kelapa dara.Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak Kelapa Dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria tersebut.
KELEBIHAN VCO FACIAL CARE MUSLIM ChoiceTM :
Kini, sabun kelapa dara MUSLIM ChoiceTM adalah pilihan terbaik untuk menjadikan kulit muka dan wajah anda semakin licin dan gebu. Kerana ianya berupaya melindungi dan memlihara kulit serta mengekalkan daya ketahanan badan.
Rumusan dari pati Minyak Kelapa Dara dengan Garam Bukit Himalaya dan pati minyak bunga-bungaan menjadikan sabun kelapa dara ini sangat sesuai untuk membantu :
- Membantu merawat dan menyingkir sel kulit yang mati.
- Membersih, melembut dan mengekalkan kelembapan kulit wajah.
- Meransangkan keanjalan kulit.
- Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat dan kegatalan kulit.
ATURAN PENGGUNAAN :
Potong sabun dalam bentuk yang lebih kecil. Basahkan kawasan muka dengan air.Gosokkan kepingan sabun ke muka, ratakan sabun dengan membuat gosokan secara pusingan arah lawan jam.Biarkan seketika dan bilas muka dengan air bersih.
Haruman SUCI Body Powder unik dan berbeza dari yang lain. Ianya diformulasikan daripada talkum gred tinggi dengan keharuman istimewa dan mempersonakan.
Haruman SUCI Body Powder bukan sahaja dihasilkan dengan keharuman yang memikat malah dapat memelihara kulit yang sensitif dengan memberi keselesaan, kesegaran dan ketenangan sepanjang hari. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
- Dihasilkan secara halus dan suci dari bahan-bahan semulajadi.
- Keharuman istimewa dan mempersonakan.
- Sesuai untuk semua peringkat umur.
- Membantu merawat dan menghilangkan ruam panas dan gatal-gatal pada kulit sensitif.